Thursday, July 16, 2009

Lawak

Pagi ni saya tergelak sorang sorang depan pc sbb baca petua ni..

------------ ------ ------------ --------- ---
Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali
berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan besar-besar dan
best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku,
apabila aku bawa
gaya hidup " gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg
tak kena sana
sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz). Lalu
ada yg sound:
"Apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"Tak baik lutut tinggi pada makanan.."
"Ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...
Aku pun basuh
tangan. Nota untuk mua'alaf : Sebelum makan sunnah Nabi
adalah basuh kedua2
tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum
korang mati
Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang
korang. - Hutang
kereta/rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak
makan pakai
sudu @ garfu. Kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org
miskin macam aku
nak ikut sunnah Nabi. Nak pakai sudu material apa? Stainless steel ke
inconnel 601? Nak pakai colour camne? Matelic ke cooper? Kan
susah tu!!! Tu
belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja.. bentuk
bulat ke bentuk
heksagon?, Oktagon?, Nanagon? Nak kena pergi kedai perabot
buat ansuran
mudah! Jimat ! Hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah
kedai perabot
terbesar di Malaysia , bla bla bla!!! Oh...

Lepas tu makanlah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak
suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?"
Aku kata : "Huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu
pinggan!!!"

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari,
org lain makan
dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan
kadar quantity of
lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3
kepada 5... Oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur :
"Essh.. pengotor betullah".
Aku kata : "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"
(tapi aku kata
dalam hati sebab aku lelaki beriman).
"Nie, apahal jilat2 jari nie? Lucah betul!!"- tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi
heheheh"- kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi
makan... Aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka lalu aku ubah topik
dengan bertanya :
"Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?"
Abang aku kata sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata : "Salah!!! Lembu makan rumput dan kambing makan
daun sebab mereka
lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung : "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2
makan, tapi bila
tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan
sajer. Namun bila
korang makan macam Nabi saw makan, maka dikira ibadat.. Masa
nak makan,
niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan
makanan yg bagi
kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang
tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara
berperingkat,
ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat,
makan nasi kepal
dan lain2, tapi masih tak berjaya.. Kesian mak aku...
"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang
tulang tercekik
camne?..cakap terer.."(kata abang aku). Aku kata : "Senang
sajer... Mak
angkat kedua-dua tangan ke atas.."

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi.. Aku kata: "Lurus mak,
tangan mak
dua-dua kena lurus... !!!" (bayangkan seorang makcik yg sedang duduk
bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih
terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi
dengan rantai
emas..)

Aku kata : "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "HA HA HA..
(semua org
ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini. Mak aku juga
ketawa.. sehingga
tulang yg tercekik itu terkeluar.. Semuanya dari Allah!!! He he he...
Selamat mencuba, ni bukan hadith, cuma pengalaman.

No comments:

Post a Comment