Thursday, July 16, 2009

bulan kelahiran mengikut kelender Hijrah

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan
baik,
dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran
yang
pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai
keinginan
yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui
kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan
tabiat
buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi
susah
di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya,
selalunya
ianya akan
mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat
pangkat
besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat
negatif
dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras
dan
mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan
kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar
wataknya,
mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi
sukar
kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh
kesukaran
dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu
yang
bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian
dan
tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya,
yang
menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai
kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa
dia
salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya,
tapi
bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan
tidak
mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-
sifatnya
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya
patut
mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia
suka
bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu
menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil.
Walau
bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan
rezekinya
tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah
mengalah
semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya
baik,
berbudi bahasa hingga semua orang sayang
padanya. Masa
dewasanya dia akan berjaya dalam segala
kerjayanya dan
mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak
suka
menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak
suka
dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah
mendidiknya
dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya
itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana
perangai
keras hatinya, dan dia selalu bergaduh
terutamanya
dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak
berfikir,
kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan
mendapat
hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh
kerana
banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu
banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang yang
memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik
terlalu
baik pula. Dia sering mendapat padah dari
perbuatannya
sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya,
kadangkala
terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh
kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia
sukar
mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan
kurang pertimbangan

No comments:

Post a Comment