>Langkah Syaitan Menelanjangi Wanita
>
>Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
>
>Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang
>sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki
>kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan
>mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar
>dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau
>pakaian muslimah.
>
>Berikut adalah cara bertahap:
>
>I. Menghilangkan Definisi Hijab
>
>Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian
>apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia
>hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada
>pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.
>
>Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia
>telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian
>pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka
>harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka
>pakai. Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah
>pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan
>sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka
>hijab syar'i tetap dipertahankan.
>
>Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan
>beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?
>
>Pertama, Membuka Bahagian Tangan
>
>Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan
>kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka
>bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih
>pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si
>wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan
>ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan
>berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?
>
>Kedua, Membuka Leher dan Dada
>
>Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk
>membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka
>perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka
>bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya
>sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang
>pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.
>
>Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan
>dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf
>"V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari
>dadanya.
>
>Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
>
>Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari
>fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir.
>"Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak
>ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.
>
>Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyenpakaian yang ketat dan kain
>yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan
>pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza,
>biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian
>tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin
>bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut
>oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).
>
>Keempat, Agak di Buka Sedikit
>
>Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan
>datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang
>sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti
>ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di
>belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa,
>lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan
>memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau
>mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika
>akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa
>lah, yang penting enjoy," katanya.
>
>Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian
>masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja
>yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah
>syaitan pada tahap berikutnya.
>
>II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
>
>Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power",
>tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.
>
>Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
>
>Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak
>selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang
>leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru
>agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju
>sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari
>jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap
>menamakannya dengan jilbab."
>
>Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari
>fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang
>kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.
>
>Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
>
>Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang
>melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
>"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya
>mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau
>langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain
>yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di
>pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh
>centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa, baru kamu cari fesyen baru yang
>terbuka hingga separuh betis."
>
>Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat
>peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya
>dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh
>betisnya kemana saja dia pergi.
>
>Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
>
>Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah
>berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir,
>apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan
>syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah
>berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah
>betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga
>menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang
>menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus
>menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau
>kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."
>
>Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.
>"Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka
>kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih
>banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah
>berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka,
>malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak
>ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di
>sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli
>belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju
>di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang
>ketinggalan zaman."
>
>Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi
>kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang
>mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir
>dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.
>
>III. Serba Mini
>
>Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan
>dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian
>memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt
>mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar
>kelihatan indah."
>
>Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai,
>bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka
>bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang
>serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada
>pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian resmi, pakaian
>malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan
>seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga
>ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya
>mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka
>segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.
>
>Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau
>mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling
>ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka
>semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana
>semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan
>berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."
>
>Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di
>hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak
>kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri
>yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak
>ingin ambil risiko.
>
>Penutup
>
>Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus
>dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika
>melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil
>apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan
>berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka
>sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka
>aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah
>mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam
>kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.
>
>Wallahu a'lam bisshawab.
>
>Sumber idea dan buah fikiran:
>Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah
>
Menyampaikan Kebenaran adalah kewajipan setiap Muslim. Kesempatan kita saat
ini untuk berdakwah adalah dengan menyampaikan buletin ini kepada
saudara-saudara kita yang belum mengetahuinya.
Wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment