Thursday, July 16, 2009

hARGa dIRi

SEBELUM memulakan seminar, Prof. Ibrahim
>> > mengeluarkan duit RM 100
>> > dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan
>> > kepada 50 orang pesertanya.
>> > >
>> > "Siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahim.
>> > Semua peserta mengangkat tangan.
>> > >
>> > "Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang
>> > daripada kamu, tapi
>> > izinkan saya buat sesuatu dulu," Prof. Ibarahim
>> > meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
>> > >
>> > Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk dan
>> > bertanya: "Ada sesiapa yang nak duit ni lagi?"
>> > Hampir semua pelajar mengangkat tangan. Prof.
>> > Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir.
>> > >
>> > "Okey, apa kata kalau saya buat macam ni?" Duit RM
>> > 100 itu
>> > dicampakkannya ke lantai lalu ditenyeh-tenyeh
>> > dengan kasutnya.
>> > >
>> > Prof. Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di
>> > atas meja. Wang
>> > kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.
>> > >
>> > "Sekarang siapa nak duit ni?" tanya Prof. Ibrahim.
>> > >
>> > Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah
>> > pelajarnya masih mengangkat tangan.
>> > >
>> > "Haa... apa yang boleh kita kutip daripada
>> > peristiwa itu tadi?" tanya Prof. Ibrahim.
>> > >
>> > Pesertanya hanya diam, dan sesetengah hanya
>> > menggelengkan kepala.
>> > Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba
>> > dijelaskan oleh profesor itu.
>> > >
>> > "Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ini,
>> > kamu tahu kenapa?
>> > kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak atau
>> > ditenyeh dengan kasut.
>> > >
>> > "RM100 tetap RM100 walaupun sepuluh kali dipijak,"
>> > kata Prof.
>> > Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya
>> > tersenyum.
>> > >
>> > Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan
>> > kehidupan harian.
>> > Seringkali di dalam hidup, setiap orang akan
>> > merasai saat kejatuhan,
>> > hati hancur ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika
>> > kita akan merasa
>> > bahawa diri kita tidak berguna langsung.
>> > >
>> > "Tapi walau apa pun yang telah terjadi atau yang
>> > akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri.
>> > "Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap
>> > berharga terutama pada mereka yang anda sayangi.
>> > >
>> > "Harga diri kita bukan datang daripada apa yang
>> > kita lakukan atau
>> > siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita?"
>> > jelas Prof. Ibrahim.

No comments:

Post a Comment