Keluarga merupakan asas pada pembentukan sebuah masyarakat. Ia adalah sebuah unit asas yang terdiri dari seorang suami dan isteri, juga jika dikurniakan zuriat, maka ianya menjadi penyempurna kepada sebuah keluarga. Tulisan ini bukan mahu menceritakan apa yang perlu ada pada dalam perkahwinan tetapi apa yang ada pada sebelum perkahwinan. Hasil pengamatan penulis terhadap generasi terbilang yang sama-sama kita boleh berkongsi bersama. Juga untuk rujukan kita jika kita mahu mengamalkannya dalam kehidupan.
Umum diketahui bahawa generasi terbilang dahulu adalah hasil tarbiyah dan didikan. Yang seterusnya melahirkan generasi gemilang. Di sini dicoretkan beberapa kemuliaan (bagi padangan penulis) seorang wanita dalam erti kepada perjalanan kepada perkahwinan.
Apabila dituruti sirah nabi-nabi , kemuliaan wanita adalah terletak pada apabila mereka dikahwinkan oleh bapa mereka. Mungkin kita sedikit mencebik apabila dikatakan bahawa perkahwinan yang diatur oleh ibu bapa adalah perkahwinan zaman dahulu, tetapi hakikatnya ia adalah sunnah para Nabi. Mari kita turuti beberapa kisah dari pengamatan yang terhasil :
1. Perkahwinan Nabi Musa dengan anak penternak (Surah Alqosos : 22-28 )
Kisah bermula apabila Nabi Musa sampai di sebuah tempat setelah jauh membawa diri dari pihak Penguasa Firaun. Ketika sampai di suatu sumber air di sebuah tempat bernama Madyan , baginda melihat dua orang anak gadis muda sedang menghambat ternakan mereka. Terus ditanyakan pada mereka
“mengapa kamu buat begitu”
‘kami tidak boleh memberi minum pada ternakan kami sehinggalah penternak-penternak yang lain pulang sedangkan ayah kami adalah seorang yang sangat berumur. ‘
kata kedua-dua anak gadis tersebut.
Maka di atas sifat seorang manusia, Nabi musa membantu kedua anak gadis tersebut memberikan minuman pada ternakan-ternakan mereka. Sehingga selesai dari kerja itu, Nabi Musa kembali ke tempat perteduhannya.
Setelah beberapa ketika, seorang dari dua perempuan yang dibantu Nabi Musa datang kepadanya dengan keadaan yang malu-malu, sifat semula jadi seorang wanita, menjemput Nabi Musa kerumahnya kerana ayah mereka ingin membalas budi yang ditaburkan Nabi Musa kepada merkea.
Perkenalan Nabi Musa dengan ayah gadis-gadis ini dan setelah penceritaan semua peristiwa yang berlaku, salah seorang dari wanita gembala itu, mengusulkan pada ayah mereka agar diambil Nabi Musa bekerja dengan mereka kerana pada Nabi Musa ada sifat orang yang dipercayai dan juga seorang yang kuat.
Terus dikatakan pada Nabi Musa oleh ayah pada wanita ini,
“aku sangat ingin untuk menikahkan kamu dengan salah seorang anakku,dengan (mahar) dasar kamu bekerja denganku 8 tahun dan kalau kamu mahu cukupkan 10 tahun, itu terserah padamu.”
‘Nabi Musa bersetuju dengan syarat tersebut. Maka Nabi Musa dikahwinkan dengan salah seorang dari wanita anak kepada penternak binatang ini.
Kesimpulan cerita : Seorang wanita mulia adalah mereka yang dijodohkan dengan seseorang yang dipercayai kebaikan dan akhlaknya oleh ayahnya sendiri. Yang datang dari mulut ayahnya bukan dari pihak lelaki.
2. Kisah Nabi Lut dengan kaumnya (surah Hud : 76-77)
Ketika datang utusan ( malaikat ) yang membawa berita dari Allah dalam bentuk manusia. Mereka mendatangi Nabi Lut sebagai tetamu. Berita tentang kedatangan tetamu ini, diketahui oleh kaumnya.Kita ketahui bahawa kaum Nabi Lut merupakan pelaku sodom (homoseksual-lesbian-suka sama jenis). apabila diketahui ada lelaki yang datang bertamu ke rumah Nabi Luth,segera mereka datang kepada Nabi Lut dalam keadaan bergesa-gesa.
Melihatkan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya ini, Nabi Lut tahu dengan apa maksud yang merka ingin darinya,terus ditawarkan pada mereka anak-anak perempuannya dengan maksud dikahwinkan dengan mereka :
“wahai kaumku, ini merupakan puteri-puteriku, mereka lebih suci bagi kamu semua.bertakwalah kamu kepada Allah, dan janganlah kamu mencemarkan aku dihadapan tetamu-tetamu ku ini.tiadakah dikalangan kalian orang yang berakal?” ayat ini disebut oleh Nabi Luth setelah sikap yang dipamerkan mereka dihadapan tetamu yang hadir. Sebagai seorang manusia yang berakal, timbul perasaan malu pada diri Nabi Luth dengan sikap yang dipamerkan oleh kaumnya.
Jawapan yang diberikan oleh kaumnya :
“Kamu dah tahu bahawa kami tiada keinginan terhadap anak-anak kamu, dan kami pasti kamu tahu apa yang kami mahu” jawapan yang sangat mengharu-birukan perasan seorang manusia yang berakal terhadap sikap yang dipamerkan oleh satu kaum yang sudah tidak kenal erti kemanusiaan.
Kesimpulan cerita : Seorang ayah akan menjodohkan anaknya yang mulia dengan lelaki yang sanggup untuk membuat perubahan ke arah lebih baik.
3. Kisah perkahwinan Muhammad dengan Khadijah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment